Artinya-“The Fabulous Destiny of Amélie Poulain”

Amelie masa kecil

Filem ni sudah lama aku nak tengok, tapi bila aku tengok trailer aku macam tak minat sebab ada scene yg agak tak sesuai dengan minda ‘bersih’ aku ni. Tapi akhirnya aku tengok juga. Aku suka cerita ini sebab : Gambar yang diambil sangat-sangat cantik!

Cerita romance yang amat kelakar. Vid di atas ketika amelie tengah tolong pakcik cacat penglihatan sambil bercerita apa yg ada ditepi jalan sepanjang mereka berjalan dengan laju sekali!.

Oh ya, as always aku tak pandai bagi review but seriously aku amat suka cerita ini. Cara Amelie untuk membahagiakan hidup orang lain sampai dia terlupa untuk membahagiakan diri sendiri tapi akhirnya dia disedarkan oleh seorang pakcik yang tutup terperap di rumah pangsa berdepan dengan rumahnya yang menderita sakit tulang tapi mampu melukis dengan cantik untuk memikirkan tentang diri sendiri juga dan meraih cinta katanya, jika mahu seseorang itu patut berusaha, jikalau bukan kita punya tidak apa, at least berusaha daripada menyesal!

(note: baca dengan sekali nafas, husna. Ada tak seperti tulisan Frank McCourt versi melayu? haha)